BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Upah Jaga Selipar Masjid RM20


KEPALA BATAS - Kehilangan selipar atau kasut di masjid adakalanya menimbulkan kemarahan yang tiada kesudahan.
Bagi mengelakkan kejadian itu terus berlaku, seorang pemuda telah mengupah rakannya untuk menjaga seliparnya ketika menunaikan solat di sebuah masjid di sini baru-baru ini.
Menerusi perkongsian pelayar Twitter, @czero, mereka baru pulang dari menghadiri majlis perkahwinan dan singgah di masjid untuk menunaikan solat Asar.
Katanya, dia menjaga selipar rakannya itu tanpa diketahui selipar berkenaan rupa-rupanya sangat bernilai dan harganya sungguh luar jangkaan.
"Kawan minta menjaga seliparnya ketika dia solat di masjid. Ingat dia gurau, dia bagi upah RM20. Bila buat carian di Google...," katanya.
Menurutnya, harga selipar yang dipakai rakannya itu adalah selipar berjenama berharga hampir RM1,700. 
Bukan mahu riak ataupun membangga diri, kata @czero, ia sekadar perkongsian semata.  
Bagaimanapun netizen memuji tindakan mereka kerana tetap menunaikan solat walau di mana berada.
Kata @jalamisai68, "Nak cemburu boleh, tapi biarlah cemburu kepada kebaikan. Contohnya, dia pakai apa pun kakinya sampai ke masjid berbanding kita yang kadang sedikit la.
"Pak cik teringat pesanan seorang arwah sahabat. Jika minum di warung, dengar saja azan ke udara, beliau akan ajak pak cik ke masjid terdekat. Solat berjemaah.
Katanya, "Dah la ditakdirkan beliau miskin dunia, akhirat pun tak kan nak miskin juga."
Menurut @azhnhris, "Dia pakai selipar mahal pun pergi masjid juga. Yang selipar murah tu entah singgah masjid ke tak."
Ada juga netizen menyokong tindakan lelaki itu kerana berwaspada sebelum berlaku musibah.
"Saya pun ada kawan yang selalu minta tengokkan kasut dia sebab kasut mahal. So, I understand," kata

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »