BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PPKS/i-CATS Lahirkan Pelajar Berkemahiran

Gambar by Ihsan Sarawakku

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, masalah pelajar kurang minat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) akan diatasi.
"Sehubungan itu, kerajaan akan membantu embangan pelajaran dari segi pemyelidikan di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Ke-22 PPKS/i-CATS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.
Sarawak masih berdepan dengan kekurangan pelajar yang meminati STEM.
Pada majlis tersebut Abang Johari menyampaikan sijil dan diploma kepada lebih 600 orang pelajar bertempat di BCCK di sini.
Seramai 780 orang pelajar bergraduat dalam
pelbagai jurusan teknikal dan pengurusan dan setakat ini PPKS dan ICATs telah mengeluarkan seramai lebih kurang 20,000 graduan.
PPKS dan ICATs adalah antara beberapa buah pusat TVET tajaan Kerajaan Sarawak untuk melahirkan pekerja mahir bagi menyokong program perindustrian negeri.
Turut hadir Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dato Serri Michael Manyin Jawong.
Beliau berkata, PPKS/iCTS sebuah institusi TVET yang menyediakan sumber manusia berkualiti dalam bidang teknikal dan vokasional di Sarawak.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »