BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dakwaan jangan dibiarkan tak terjawab!

Oleh Saladin Saiful

MEMANG tugas pembangkang pun untuk mempersoal dan mengkritik apa yang dibuat oleh kerajaan bagi memenuhi fungsi semak dan imbang.

Bagi yang memberi kritikan membina, kita sebagai rakyat mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Dengan tugas mengkritik jugalah, pemimpin pembangkang dapat membawa watak orang 'cerdik' yang tahu serba-serbi.

Mereka ini boleh menjelma sebagai pakar semua perkara. Mahu jadi pakar ekonomi boleh, pakar tadbir urus pun boleh, pakar undang-undang pun boleh. Pendek kata macam Superman!

Tetapi rakyat telah lihat, bagaimana kemampuan pemimpin pembangkang yang membawa watak orang cerdik ini setelah menguasai Kerajaan Persekutuan melalui PRU-14.

Caca marba jadinya, suara tidak puas hati rakyat semakin kuat kedengaran termasuk dari golongan atas pagar yang telah meletakkan harapan kepada mereka.

Penyokong pihak yang hilang kuasa pula mengambil peluang untuk memperlekehkan pengundi kerajaan.

"Pada  muka, kena kencing," kata mereka, sedangkan keadaan itu turut disumbangkan oleh parti sokongan mereka yang tidak menjawab dan menjelaskan dengan  baik pelbagai dakwaan yang dibangkitkan parti lawan.

Sikap tidak menjawab dan gagal memberi penjelasan meyakinkan itu jugalah yang menjadi antara punca runtuhnya  Kerajaan BN yang telah berkuasa selama 60 tahun di peringkat Persekutuan.

Janganlah alpa kerana pembohongan yang diulang ulang akan dianggap benar dan perkara ini tidak diambil mudah oleh Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Tun Openg.

Dalam ucapan penggulungan Belanjawan Sarawak 2020, Abang Jo membuat penjelasan panjang lebar bagi menangkis dakwaan ADUN Kota Sentosa, Chong Chieng Jen kononnya model inisiatif pembiayaan alternatif untuk menjayakan belanjawan sebagai menjurus kepada skandal seperti syarikat 1MDB.

Adakah Chong fikir semudah itu skandal seperti 1MDB boleh berlaku sewaktu terdapat kawalan ketat pelbagai pihak dan agensi  termasuk yang tidak boleh dipengaruhi oleh pemimpin negeri?

Naif sangat kah kerajaan negeri untuk tidak mengambil pengajaran  daripada skandal 1MDB.

Atau Chong yang juga Timbalan Menteri Persekutuan sekadar mahu membenihkan persepsi negatif terhadap usaha kerajaan negeri yang menawarkan belanjawan yang dialu-alukan rakyat Sarawak berbanding penerimaan yang suram terhadap Belanjawan 2020 Kerajaan PH.

Dakwaan Chong  juga ibarat menidakkan usaha yang dilakukan Kerajaan PH sendiri yang turut menggunalkan mekanisma sebagaimana inisiatif pembiayaan alternatif Sarawak.

Kata Abang Jo, Kerajaan PH turut memanfaatkan special purpose vehicle (SPV) seperti Dana Infra Nasional Berhad untuk membiayai projek infrastruktur skala besar.

Malah katanya, Kerajaan PH turut menerbitkan Bon Samurai bernilai RM8 bilion untuk pembiayaan projek seperti  membina sekolah, jalan dan kemudahan lain.

Kalau ikut sifir Chong, maka bolehlah kita kata Kerajaan PH juga sedang mencipta satu lagi 1MDB.

Dalam ucapan penggulungannya, Abang Jo turut membuat penjelasan
berhubung dakwaan ADUN Pending, Violet Yong terhadap dua anaknya yang dikatakan mendapat faedah daripada kedudukan bapa mereka.

Ini adalah taktik klasik,tak dapat batang tubuh pemimpin parti lawan, kaum keluarga mereka akan diserang.

Adalah sangat tidak adil untuk kerajaan dan parti menerima kesan negatif ekoran tidak terjawabnya dakwaan liar terhadap ahli keluarga pemimpin.

Sejarah telah membuktikan betapa dakwaan sedemikian jika tidak ditangani akan menyebabkan keadaan menjadi semakin berserabut dan berselirat.

Bagi Abang Jo sendiri, tiada apa yang beliau mahu sembunyikan disamping membuat penegasan tidak takut dengan sesiapapun kecuali Allah.

“Rekod saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri selama 38 tahun sejak tahun 1981, dan ahli pentadbiran negeri dan kabinet selama 34 tahun sejak 1984 adalah  saksi kepada integriti yang ada pada saya dan keluarga. Saya tidak takut sesesiapa kecuali Tuhan,” tegasnya.
Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »