BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Utama

Utama

Kolumnis

randomposts4

Politik

Politik/block-1

Peristiwa

Peristiwa/block-3

Antarabangsa

Antarabangsa/block-9

Infografik

Infografik/block-8

Tempatan

Tempatan/block-5

Berita Am

Berita Am/block-4

Ekonomi

Ekonomi/block-10

Bisnes

Bisnes/block-2

Pertanian

Pertanian/block-2

Pendidikan

Pendidikan/block-7

Sukan

Sukan/block-9

Santai

Santai/block-8

Pendapat

Pendapat/block-9

Pelancongan

Pelancongan/block-8

Tragedi

Tragedi/block-2

Jenayah

Jenayah/block-2

Latest Articles

Tanggung azab, cincin tersekat di jari manis

BINTULU: Seorang remaja menanggung azab kesakitan selepas cincin yang dipakai di jari manis tangan kanannya tersekat menyebabkan jarinya membengkak.

Sehubungan itu,remaja berusia 14 tahun itu telah pergi ke hospital Bintulu bagi membantu mengeluarkan cincin berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Christus Buson berkata, pihak hospital telah mendapatkan khidmat bomba untuk membantu remaja terbabit pada jam 10.39 malam.

"Kita menggunakan peralatan khas untuk memotong cincin di jari mangsa dan mengambil masa kira-kira sejam mengeluarkan cincin itu,"katanya di sini hari ini.

Katanya,mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut.

"Setelah selesai memotong cincin tersebut pihak bomba bertolak balik ke balai,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

Kerajaan bakal laksana program semangat patriotisme


KOTA BHARU, 18 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan memperkenalkan satu program baharu yang bertujuan menyemai semangat patriotisme dalam diri rakyat, bagi menggantikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN), yang dimansuhkan kerajaan terdahulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, struktur baharu bagi program berkenaan sedang dimuktamadkan, dan akan dibentangkan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat.
“Kita (kerajaan) sedang memuktamadkan struktur itu sendiri. Adakah kita nak wajibkan (seperti PLKN) ataupun kita ambil wakil dari setiap institusi (seperti pelajar, wakil rakyat dan sebagainya). Kita belum muktamadkan sukatan latihan itu sendiri dan siapakah yang wajib ataupun yang digalakkan hadir ke program ini.

“Harapan saya pengisian bagi program baharu ini dapat dibentangkan sebelum Dewan Rakyat berakhir, supaya kita boleh jawab apa yang dibangkitkan di Parlimen baru-baru ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Amanat Bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Zon 5 (Kelantan, Terengganu dan Pahang), yang turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Roslan Wahab di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan 12 pegawai APM menerima Anugerah Penkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 dan 14 orang menerima watikah pelantikan Pegawai Kehormat dan Bersekutu APM.
 
Ditanya adakah program baharu berkenaan akan menyerupai program yang dilaksanakan BTN, Mohd Redzuan berkata, program baharu tersebut akan menggabungkan sukatan dan latihan yang diterapkan di dalam PLKN dan BTN, membabitkan modul patriotisme, Perlembagaan, kenegaraan dan penyatuan kaum.

“Kita lebih kepada membina semangat patriotisme, lebih kepada mahu mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu di negara kita ini, menerusi Perlembagaan dan Rukun Negara,” katanya.

Sebelum ini Datuk Seri Ahmad Maslan (PN-Pontian) ketika berucap di Parlimen, memohon agar kerajaan menghidupkan kembali program dan agensi kerajaan yang dimansuhkan kerajaan terdahulu, seperti PLKN, BTN dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

Perintah berkurung di ESSZONE dilanjutkan hingga 3 Ogos

KOTA KINABALU, 18 Julai (Bernama) -- Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir pada 6 petang esok dilanjutkan selama dua minggu sehingga 3 Ogos, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass.

Beliau berkata susulan pelanjutan itu, penduduk diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan tersebut antara 6 petang sehingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

“Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytiharkan antara 6 petang sehingga 6 pagi pada tarikh yang dinyatakan,” menurutnya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zaini berkata perintah berkurung itu meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Katanya, perintah berkurung itu dilanjutkan bagi memastikan kawasan perairan tersebut tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing di pulau-pulau peranginan.

Zaini berkata berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan.

Beliau berkata perintah itu juga adalah bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet serta nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZone mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya. 
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

Kereta terbalik rempuh tiang elektrik


DARO: Dua cedera selepas kereta dinaiki kemalangan kendiri merempuh tiang elektrik lalu terbalik berhampiram Kampung Saai, di sini, pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7.10 pagi.
"Kemalangan membabitkan kereta Proton Satria, mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans,"katanya di sini hari ini.
Katanya, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro membuat saiz up dan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di sekitar tempat berlakunya kemalangan. 

"Setelah didapati keadaan selamat jentera bersama anggota bertolak balik ke balai,"katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

Biogas untuk dua kampung di Mukah

KUCHING: Penduduk di Kampung Teh dan Kampung Tabo, dalam kawasan DUN Balingian bakal menikmati bekalan gas murah apabila loji bekalan biogas yang pertama di negeri ini memulakan operasi pada 2022.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi berkata, konsep penyaluran biogas ini sama seperti penggunaan gas paip di kebanyakkan kawasan perumahan di Miri. 

“Pengguna gas paip di Miri membayar sekitar RM4 hingga RM5 sebulan berbanding tong gas silinder (LPG) kira-kira RM30.”

“Ini sudah tentu dapat mengurangkan beban pengguna kerana gas paip jauh lebih murah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, projek yang diluluskan kerajaan negeri pada Mac tahun ini dibangunkan oleh Craun Research akan menggantikan penggunaan gas silinder ketika ini.

Abdul Arbi berkata, negeri ini melakar sejarah sebagai negeri pertama di dunia menghasilkan biogas untuk kegunaan domestik berasaskan kanji rumbia.

“Projek yang dibangunkan di Kampung Teh dan Kampung Tabo, Mukah itu pada mulanya bertujuan mencari penyelesaian secara bersepadu ke atas masalah pencemaran alam sekitar berpunca daripada aktiviti pemprosesan kanji rumbia di Balingian.”

Hasil kajian Craun Research sejak 2003, ia kemudian beralih kepada penghasilan biogas berasaskan kanji rumbia pada tahun 2018.

Majlis pelancaran Loji Rintis Rawatan Sisa Cecair Sagu telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 23 November 2019 bertempat di Kampung Tabo, Mukah.

“Projek ini umpama serampang dua mata, menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar dan pada masa yang sama membekalkan sumber alternatif gas yang murah kepada penduduk tempatan,” katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

Covid-19 : Ketatkan SOP, Ketua Wanita SUPP

KUCHING: Ketua Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Kho Teck Wan berusaha melobi agar tindakan segera diambil bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

Beliau dalam satu hantaran di Facebook mencadangkan beberapa langkah untuk tempoh dua minggu akan datang.

“Pertama, mengenakan sekatan perjalanan dari Kuching dan Samarahan ke bahagian lain. Lindungi zon hijau.”

“Kedua, perintah berkurung mulai jam 8 malam hingga 5 pagi, melainkan perlu keluar untuk urusan kerja,” katanya.

Kho menambah, sekatan keluar dari kediaman masing-masing juga perlu dikenakan terhadap kawasan kejiranan yang sudah dikenalpasti kawasan panas.

Beliau turut mencadangkan agar larangan perhimpunan melebihi 25 orang, resepsi perkahwinan dan kenduri dilaksanakan.

“Saya tahu cadangan ini mengundang rasa tidak senang dari sektor perniagaan, namun tolong ingat kluster Covid-19 yang pernah kita hadapi sebelum ini.”

“Siapa yang dapat memberi jaminan perkara ini tidak berlaku lagi?”, soal Kho dengan penuh kebimbangan.

Beliau turut mencadangkan agar sektor ekonomi dan perniagaan yang boleh melakukan kerja dari rumah agar melaksanakan sistem separuh bekerja dari rumah untuk kakitangan.

Selain itu, pasukan penguatkuasa majlis, polis dan Rela perlu dikerah dan mengambil tindakan tegas bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

“Saya percaya, semakin cepat kita bertindak, semakin baik peluang untuk menghalang wabak ini. Jika anda ada cadangan tambahan sila nyatakan,” katanya dalam hantaran itu lagi.

Semalam, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Sarawak kini berdepan kemungkinan memasuki gelombang kedua penularan wabak COVID-19 apabila merekodkan 10 kes positif masing-masing di Daerah Kuching (6), Samarahan (2) dan Bintulu (2).

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily